Rss Feed

KETIKA ITU...

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bhwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bhwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bhwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bhwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...
Itulah KEBAHAGIAAN...
— feeling positive.

AKRAB PERSAHABATAN

RINDUNYA PADA SAHABAT2 SEWAKTU DI ALAM PERSEKOLAHAN DULU..






betapa rapatnya kami sehingga dikenali di sekolah.. susah dan senang sentiasa bersama.. gaduh2, masam muka, semua tu adalah yang merapatkan kami semua.. tiada persahabatan yang sentiasa MANIS je.. 
sahabat.. tak mungkin dapat ditukar ganti.. 
sahabat.. semua mempunyai haluan masing2..sama2 mengejar cita2 yang tinggi..
tetapi tetap di hati walaupun berjauhan.. doa sentiasa dititip agar persahabatan kita semua sentiasa dirahmatinya dan kekal hingga ke syurga firdausi..GENG NGAMTOP..hehe.. walaupun kami sedikit gila2, kelakar tapi orang lelaki tak berani nak cari pasal dengan kami, kalau tidak habisla deorang "kena" balik dengan kami semua..




teringat di asrama..
makan bersama,tidur bersama, menangis bersama. makan "maggi" tengah2 malam.1 bungkus kongsi 4 orang..walaupun sikit tapi mampu mengenyangkan kami. kadang2 berebut kuah megi. time masak, tukang cakap lagi ramai dari yang tukang masak,,yang tu cakap nak kuah banyak, yang tu cakap nak kuah sikit, yang tak suka letak sos pun ada, yang sorang lagi nak letak telur". macam kerenah.. time mandi, berebut.. kalau lewat kena beratur tunggu paip. kalau awal boleh mandi air kolah..haa,kadang2 gaduh,,terasa hati, terguris..biasa la tu..adat berkawan :) 
apa lagi..???hee banyak kalau nak cakap,tapi ape2 pon..kenangan di MAAS merupakan kenangan yang terindah dalam hidup aku kat situ aku banyak belajar erti kesabaran, kekuatan dan yang paling penting erti sebuah PERSAHABATAN.. 










Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua






JIKA DIA JODOHKU..





Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala