KETIKA ITU...

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bhwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bhwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bhwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bhwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...
Itulah KEBAHAGIAAN...
— feeling positive.

AKRAB PERSAHABATAN

RINDUNYA PADA SAHABAT2 SEWAKTU DI ALAM PERSEKOLAHAN DULU..






betapa rapatnya kami sehingga dikenali di sekolah.. susah dan senang sentiasa bersama.. gaduh2, masam muka, semua tu adalah yang merapatkan kami semua.. tiada persahabatan yang sentiasa MANIS je.. 
sahabat.. tak mungkin dapat ditukar ganti.. 
sahabat.. semua mempunyai haluan masing2..sama2 mengejar cita2 yang tinggi..
tetapi tetap di hati walaupun berjauhan.. doa sentiasa dititip agar persahabatan kita semua sentiasa dirahmatinya dan kekal hingga ke syurga firdausi..GENG NGAMTOP..hehe.. walaupun kami sedikit gila2, kelakar tapi orang lelaki tak berani nak cari pasal dengan kami, kalau tidak habisla deorang "kena" balik dengan kami semua..




teringat di asrama..
makan bersama,tidur bersama, menangis bersama. makan "maggi" tengah2 malam.1 bungkus kongsi 4 orang..walaupun sikit tapi mampu mengenyangkan kami. kadang2 berebut kuah megi. time masak, tukang cakap lagi ramai dari yang tukang masak,,yang tu cakap nak kuah banyak, yang tu cakap nak kuah sikit, yang tak suka letak sos pun ada, yang sorang lagi nak letak telur". macam kerenah.. time mandi, berebut.. kalau lewat kena beratur tunggu paip. kalau awal boleh mandi air kolah..haa,kadang2 gaduh,,terasa hati, terguris..biasa la tu..adat berkawan :) 
apa lagi..???hee banyak kalau nak cakap,tapi ape2 pon..kenangan di MAAS merupakan kenangan yang terindah dalam hidup aku kat situ aku banyak belajar erti kesabaran, kekuatan dan yang paling penting erti sebuah PERSAHABATAN.. 










Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua






JIKA DIA JODOHKU..





Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala






IKHTILAT..CINTA ..SAHABAT..????

Berkata Imam Qurthubi: “ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
“Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)


Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad,Baihaqi)


ALLAH berfirman; “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (ar-Rahman: 70)


Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat. 






kadang-kadang kita akan berkata tiada salahnya kita berhubung dengan seorang lelaki. ye laa.. SAHABAT je pun..apa yang kita cuba nak sampaikan melalui "sahabat" tu?? oh.. yang selalu mesej tanya sihat ke, ada masalah ke, da makan ke, tidur da, dan macam2 segala pertanyaan lagi.. wait2, memang tak salah pun kalau bertanya tu kadang2 walaupun sebenarnya tak perlu pun, tapi kalau dah setiap hari mesej benda yang sama, tanya benda yang sama, itu ke dinamakan sahabat. bukan perkataan SAHABAT yang ingin saya tekankan sekarang, tetapi penggunaan perkataan itu sebagai ALASAN untuk mengaburi mata kita. 





saya akui diri saya juga insan yang lemah, yang tak lari dari melakukan khilaf. saya sendiri pun ada berhubung dengan lelaki atas nama sahabat. tapi, saya terfikir dan sedar sampai bila saya harus begini? bajet baik?? well,, kita tak perlu terasa orang nak cakap kita bajet baik kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk berubah kepada yang lebih baik. perlahan-lahan, saya mula jarang untuk berhubung dengan sahabat lelaki. dan jika berhubung pun jika atas urusan tertentu yang penting sahaja. tidak dinafikan kita perlu menjaga hati sahabat kita agar tidak terasa dengan kita tetapi sahabat yang baik akan memahami apa yang kita cuba lakukan.



ok2. semua orang cakap, kita ni manusia biasa je. biasa la tu mesej dengan lelaki, kawan je pun.. hai2 semua, cuba kita fikir2 balik, kita selalu mesej2 kat kawan laki kita tu, kita ada mesej tak kat ayah kita? mesti ada yang jawab ada je. ye memang ada tapi tak SEKERAP kita mesej kat kawan laki kita tu kan.. alahh..kawan je pun.. itu pun nak kecoh ke, bajet betul la dia ni.macam diri tu baik sangat nak tegur orang.ohoii..takpe la bajet pun dear.. (^_^) memang takda manusia yang sempurna. kerana itulah kita perlu saling tegur menegur antara satu sama lain. bukankah manusia itu saling melengkapi.


ok.last...untuk semua sahabat perempuan yang disayangi semua, pada pandangan saya, tak salah pun nak berkawan dengan lelaki, dan saya tak maksudkan tak boleh berkawan lansung dengan lelaki  tetapi kita kena tahu batas-batas yang sepatutnya..dan yang paling penting jangan sampai difitnah, kalau ada fitnah antara persahabatan, pasti ada kesilapan dalam persahabatan kita tu.btul x??
okey sebenarnya saya pun tak tahu motif sebenar penulisan hari ni,tapi terasa juga nak share sesuatu.. so,terima kasihlah sudi menadah mata untuk membaca penulisan yang serba kekurangan ni. semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh NYA.. aminn...




P/S : kekurangan dalam penulisan ini harap dimaafkan dan ditegur, saya hanya insan biasa yang cuba untuk jadi baik tetapi masih lemah :)

SALAM KASIH SAYANG DAN SEMOGA KITA SENTIASA DIRAHMATI OLEHNYA..AMINN..