penderaan fizikal kanak-kanak





Assalamualaikum..nie saya nak kongsi la sikittt ilmu yang saya ada untuk korang2..mana la tau boleh mmbantu korang.

#pengenalan






Penderaan fizikal adalah suatu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal, Tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, retak, patah tulang, lecur  atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya. Bahkan penderaan ini boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat daripada penderaan tersebut.

            Penderaan kanak-kanak banyak melibatkan ibu bapa dan penjaga tetapi ada kajian yang menyatakan kaum ibu merupakan pelaku yang tertinggi berbanding bapa , penjaga dan saudara-mara kerana kaum ibu lebih rapat dengan kanak-kanak, manakala bapa pula lebih banyak masa mereka di luar mencari rezeki. Menurut kajian yang lain, mereka percaya kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah anak tiri mereka.
Pendedahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) menyatakan bahawa hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan pada  tahun 2012 dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac tahun 2013 cukup membimbangkan. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik itu cukup membimbangkan dan menunjukkan kanak-kanak kini makin terdedah dengan penderaan, termasuk secara seksual membabitkan penjaga mereka sendiri. Menurut beliau antara faktor yang dapat dikenal pasti menjadi punca masalah tersebut berlaku adalah  berkait dengan ibu bapa dan penjaga yang menghadapi tekanan di tempat kerja, masalah kewangan atau rumah tangga.












































0 ulasan: