PERSAHABATAN DAN PENGKHIANATAN


Bukan mudah untuk kita mendapat sahabat yang betul2 boleh menerima kekurangan dan kelebihan diri kita..
kadang2 kita sendiri tak boleh mnjadi sahabat baik untuk sahabat kita..
sahabat?? dalam maknanya... Indah bila mendengar perkataan sahabat. Sahabat yg mmpu mndengar kita mnangis, ketawa, sedih, marah dan boleh menerima keadaan kita seadanya..
Semua tahu sahabat itu untuk dihargai..tapi bagaimana pula sahabat yg dikhianati.?


bila sahabat yg dpercayai mnikam dari belakang..x mnjaga maruah kita,ia x layak untuk digelar sahabat..ia hanya layak digelar teman..sahabat itu tinggi pangkatnya..x smua mmpu mnjadi sahabat..
sedih hati bila kita tlalu mpcayai sahabat kita tapi dia mnikam kita dari belakang..di depan kita dia mnjaga kita,tapi di belakang kita dia menjatuhkan maruah kita..kadang2 dia senang melihat kita susah..
 sahabat mnegur dari depan bkan mnikam dari blakang?? tapi bgaimana klau sahabat yg mngur di depan dan mnikam dari blakang?? susah kan...


memang mudah untuk kita memaafkan orang lebih2 lagi orang itu adalah sahabat kita..
stiap kali dia mbuat silap, kita akn cba untuk positifkan keadaan..kita cba untuk mnjaga hati dpda marah kpdanya..kita sntiasa bprasangka baik dan menganggap ianya hnya satu ksilapan sperti kita yg sntiasa punya ksilapan..apalah guna kita berdendam kalau hati kita sendiri x akan tenang..percayalah..
memaafkan itu lebih baik..berdendam sekalipun x akan menenangkan hati kita tapi lebih menyakitkan hati.

betul kata imam AL-GHAZALI..
 dalam berkawan..kita perlu pandai memilih kawan tapi bkan bmakna kita lansung x boleh brkawan dengan orang yg x elok perangainya. bkawan x salah tapi jgn rapat n terikut dgn perangainya.. kawan ibarat cermin..kalau busuk kawan,,busuk la kita..kalau wangi kawan,wangi la kita..semua pasti faham apa maknanya..kita sendiri yang perlu mnjadi baik dan prbaiki diri sendiri jika kita inginkan sahabt yang baik untuk kita..

mudah saja untuk dia mncari kslahan kita..stiap masa hanya silap kita yang dia nmpak.
tapi sedarkah perubahan diri kita yang mmbuat sahabat kita berubah..tapi sedarkah dia??
x mungkin dia sedar klau mletakkan ego di tmpat yg paling tinggi seolah-olah hanya dirinya sahaja yg betol..
ingatlah..jgn sntiasa mcari kslahan org krna kadang2 kita x sedar kita yg sebenarnya yg mlakukan ksilapan itu ttpi mnutupi ksilapan kita dengan mncari ksalahan sahabat kita.. fikir2 kanlah... :) 


jangan ingat sahabat boleh bsabar dengan anda untuk selama2 nya..mnusia smua punya kesabaran..ttapi klau sudah sampai ke tahapnya, sabar x lagi bmakna..jgn sampai sahabat mninggalkan anda..samapi bila pun kita xkan punya sahabat selagi kita sentiasa mncari kesalahn orang untuk mnutup ksilapan sendiri..
kadang2,, sahabat yang mnjadi pengkhianat kerna x suka dgn kelebihan kita,,jadi bhati2 lah kpda sahabat yg suka think NEGATIF..sngat merbahaya..
apa2 pun..smua mnusia x smpurna..siapa kita untuk mncari yg smpurna krana hnya DIA shaja Yang Maha Sempurna...... 



p/s : ini hanyalah sekadar penulisan dan pandangan..t 













MH 370.. SENTIASA DALAM INGATAN KAMI SEMUA..





YA ALLAH..
suatu saat, mereka kehilangan harapan dan tujuan...berikan mereka keyakinan bahawa takdirmu adalah lebih baik dari apa yang hambaMu inginkan dan impikan...
KAU damaikan hati hamba2 Mu untuk menerima takdirMu...
kerana aku yakin dan percaya perancangan mu yang terbaik dan terindah untuk semua hambamu.







akhirnya penantian keluarga2 mangsa terjawab... semoga mereka semua tabah dan kuat untuk menghadapi semua yang berlaku.. 






marilah kita semua berdoa semoga keluarga mangsa2 MH370 kuat menghadapi segala ujian. 
Al-Fatihah untuk mereka..... 





kesedihan mereka tetap dirasai oleh kita semua.. penantian kita semua telah terjawab.. kesedihan tidak mampu diselindungi.. Ya Allah.. kuatkan hati kami..
kami tetap merasa kehilangan ini..kehilangan yang selama ini kami nanti2 kan akhirnya berakhir di sini..




penderaan fizikal kanak-kanak





Assalamualaikum..nie saya nak kongsi la sikittt ilmu yang saya ada untuk korang2..mana la tau boleh mmbantu korang.

#pengenalan






Penderaan fizikal adalah suatu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal, Tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, retak, patah tulang, lecur  atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya. Bahkan penderaan ini boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat daripada penderaan tersebut.

            Penderaan kanak-kanak banyak melibatkan ibu bapa dan penjaga tetapi ada kajian yang menyatakan kaum ibu merupakan pelaku yang tertinggi berbanding bapa , penjaga dan saudara-mara kerana kaum ibu lebih rapat dengan kanak-kanak, manakala bapa pula lebih banyak masa mereka di luar mencari rezeki. Menurut kajian yang lain, mereka percaya kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah anak tiri mereka.
Pendedahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) menyatakan bahawa hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan pada  tahun 2012 dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac tahun 2013 cukup membimbangkan. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik itu cukup membimbangkan dan menunjukkan kanak-kanak kini makin terdedah dengan penderaan, termasuk secara seksual membabitkan penjaga mereka sendiri. Menurut beliau antara faktor yang dapat dikenal pasti menjadi punca masalah tersebut berlaku adalah  berkait dengan ibu bapa dan penjaga yang menghadapi tekanan di tempat kerja, masalah kewangan atau rumah tangga.