MANUSIA SEMAKIN TIADA SIKAP BERPERIKEMANUSIAAN..








Maklumat yg diterima drpd Inbox FB PDRM. Utk peringatan serta berhati2 ahli keluarga @@BACAAA!! BAHAYA NI!!
Semua wanita wajib baca.. Lelaki juga wajib baca untuk mereka yang terrsayang .. HARUS BACA !!!!!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.

 Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum,  terutama pada waktu malam .
- Dari acp rizal- kisah benar…
Inna lillahi wainnailaihirojiun.
sharing sbg iktibar.  Selebihnya berserah kpd Allah swt.   Wallahua’lam n wassalam.
Mayat 2 perempuan yg hilang diculik masa isi minyak kereta telah dijumpai.  Penculik ambil organ2 dalaman tuk dijual.
Sumber IPK Penang


Tutorial

Tutorial

TERIMALAH KETENTUAN ALLAH, BAIK ATAUPUN BURUK..


Allah s.w.t berfirman :


          "tiada satu pun bencana yag menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangkan"
                                                     (Surah Al-Hadid: 22-23)


ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada dan qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hamba-Nya dan menghendaki kemudahan kepada mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Tahu. Dia menyimpan di akhirat dan memberi kan habuan yang cukup bagi mereka yang bersabar tanpa perhintungan . Hal ini , jika kita renung-renungkan.... maka akan mengubah kesedihan kita kepada kesenangan dan kebahagiaan.Namun, tidak semua orang kuat bersikap seperti itu...
kadang-kadang bila kita menghadapi musibah,kita akan mengeluh.. dan yang paling penting pasti ada di antara kita yang tidak dapat menerima musibah dan ujian yang kita hadapi..


sebenarnya, banyak langkah yang kita dapat ambil supaya dapat menghadapi musibah dengan baik dan selamat.

1 : cuba kita bayangkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk daripada yang kita sedang alami sekarang, pasti kita akan menerima ujian itu dengan baik.

2 : bila kita menghadapi ujian, bayangkan masih ada orang lain yang lebih besar ujiannnya daripada kita.

3 : pandanglah pada nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita selama ini.

4 : jangan sesekali kita menyerah kalah dan kecewa dengan apa yang berlaku walaupun kedatangannya seperti malapetaka..

               " Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan sesungguhnya dan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

                                                                    (Surah Asy-Syarh: 5-6)

sebelum saya mengakhiri coretan ini, mari kita sama2 hayati ayat ini..
fikir2kanlah dan selamat bramal (^_^)
  Assalamualaikum..                


      Allah s.w.t. berfirman yang bemaksud :


                      " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
                                                               (Surah Al-Baqarah: 216 )