KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN???

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA..

 bulan puasa da dekat...bestnya..kan?
tapi sahabat semua tahu dalam kita tak sedar, sedang kita gembira dengan amalan yang kita lakukan..semasa saya baca artikel yang memang boleh dipercayai kat dalam internet, saya terbaca satu artikel yang menarik perhatian saya. rupa-rupanya kita tak sedar sebenarnya terdapat sedikit kesilapan yang kita lakukan..betul ke?? jom kita tengok dan sama2 baiki kesilapan ni..






1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(kecuali uzur yang diterima Islam)



mungkin kita pernah termakan atau terminum di bulan puasa kan? atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu? lepas tu, mesti kita pun makan jer sebab kita fikir kita kan dah batal puasa..sebenarnya kita dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu (Astaghfirullahalazim..saya pun tak terfikir). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadis,

Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)



2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam






mesti pernah kan macam gambar kat atas tu??? saya pun pernah juga macam ni masa kat asrama dulu..yela, nak jimat masa kononya..sebenarnya,individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)..

 jadi,rajin2kanlah bangun untuk bersahur walaupun dengan segelas air dan sebiji kurma..
pahala dapat,berkat pun dapat...(^_^) 





3)  Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.



Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya. yelaa..kebanyakan kita ni "excited " nak puasa je, tapi yang wajib satu lagi tak pula dititik beratkan... minta dijauhkan kita semua dari jadi camni..Inshaa Allah..ha, satu lagi..kita semua bila bulan puasa je excited pergi solat terawih ramai2.nak meriah kan.. tapi sebenarnya kan, kalau kita pergi ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. 
Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

jadi betulkan niat kita semua yer...( ",)



4 ) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. 



Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. benda ni la yang paling peting tau... masa ni la kita nak buktikan kat agama lain,walaupun kita berpuasa tetapi kita tetap boleh melakukan pekerjaan dan aktiviti2 lain. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.. ingat yerr.. puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan atas katil..takmau ye macam tu... 
kita kan budak baik (^_^)




5) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.




 Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. sepatutnya kita berlumba-lumba untuk mencari dan merebut peluang yang ada di bulan Ramadahan ni.. Nabi SAW telah menyebut :-


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadis.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)






dan banyak lagi sebenarnya...tapi setakat ini dulu yang mampu saya kongsikan bersama sahabat semua.. semoga Ramadhan akan datang akan kita hargai dengan sebaiknya..jadikan ia lebih baik dari yang sebelumnya..

sebak pula rasa hati ni bila dop bercakap pasal puasa..hehe ..






setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan..

  1. p/s: kesilapan itu dari diri saya,harap maafkan krna saya pun insan yang lemah.. kebaikan itu semua dari Allah..Alhamdulillah.. (^_^)












0 ulasan: