KETIKA ITU...

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bhwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bhwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bhwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bhwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...
Itulah KEBAHAGIAAN...
— feeling positive.

AKRAB PERSAHABATAN

RINDUNYA PADA SAHABAT2 SEWAKTU DI ALAM PERSEKOLAHAN DULU..






betapa rapatnya kami sehingga dikenali di sekolah.. susah dan senang sentiasa bersama.. gaduh2, masam muka, semua tu adalah yang merapatkan kami semua.. tiada persahabatan yang sentiasa MANIS je.. 
sahabat.. tak mungkin dapat ditukar ganti.. 
sahabat.. semua mempunyai haluan masing2..sama2 mengejar cita2 yang tinggi..
tetapi tetap di hati walaupun berjauhan.. doa sentiasa dititip agar persahabatan kita semua sentiasa dirahmatinya dan kekal hingga ke syurga firdausi..GENG NGAMTOP..hehe.. walaupun kami sedikit gila2, kelakar tapi orang lelaki tak berani nak cari pasal dengan kami, kalau tidak habisla deorang "kena" balik dengan kami semua..




teringat di asrama..
makan bersama,tidur bersama, menangis bersama. makan "maggi" tengah2 malam.1 bungkus kongsi 4 orang..walaupun sikit tapi mampu mengenyangkan kami. kadang2 berebut kuah megi. time masak, tukang cakap lagi ramai dari yang tukang masak,,yang tu cakap nak kuah banyak, yang tu cakap nak kuah sikit, yang tak suka letak sos pun ada, yang sorang lagi nak letak telur". macam kerenah.. time mandi, berebut.. kalau lewat kena beratur tunggu paip. kalau awal boleh mandi air kolah..haa,kadang2 gaduh,,terasa hati, terguris..biasa la tu..adat berkawan :) 
apa lagi..???hee banyak kalau nak cakap,tapi ape2 pon..kenangan di MAAS merupakan kenangan yang terindah dalam hidup aku kat situ aku banyak belajar erti kesabaran, kekuatan dan yang paling penting erti sebuah PERSAHABATAN.. 










Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua






JIKA DIA JODOHKU..





Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala






IKHTILAT..CINTA ..SAHABAT..????

Berkata Imam Qurthubi: “ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
“Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)


Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad,Baihaqi)


ALLAH berfirman; “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (ar-Rahman: 70)


Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat. 






kadang-kadang kita akan berkata tiada salahnya kita berhubung dengan seorang lelaki. ye laa.. SAHABAT je pun..apa yang kita cuba nak sampaikan melalui "sahabat" tu?? oh.. yang selalu mesej tanya sihat ke, ada masalah ke, da makan ke, tidur da, dan macam2 segala pertanyaan lagi.. wait2, memang tak salah pun kalau bertanya tu kadang2 walaupun sebenarnya tak perlu pun, tapi kalau dah setiap hari mesej benda yang sama, tanya benda yang sama, itu ke dinamakan sahabat. bukan perkataan SAHABAT yang ingin saya tekankan sekarang, tetapi penggunaan perkataan itu sebagai ALASAN untuk mengaburi mata kita. 





saya akui diri saya juga insan yang lemah, yang tak lari dari melakukan khilaf. saya sendiri pun ada berhubung dengan lelaki atas nama sahabat. tapi, saya terfikir dan sedar sampai bila saya harus begini? bajet baik?? well,, kita tak perlu terasa orang nak cakap kita bajet baik kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk berubah kepada yang lebih baik. perlahan-lahan, saya mula jarang untuk berhubung dengan sahabat lelaki. dan jika berhubung pun jika atas urusan tertentu yang penting sahaja. tidak dinafikan kita perlu menjaga hati sahabat kita agar tidak terasa dengan kita tetapi sahabat yang baik akan memahami apa yang kita cuba lakukan.



ok2. semua orang cakap, kita ni manusia biasa je. biasa la tu mesej dengan lelaki, kawan je pun.. hai2 semua, cuba kita fikir2 balik, kita selalu mesej2 kat kawan laki kita tu, kita ada mesej tak kat ayah kita? mesti ada yang jawab ada je. ye memang ada tapi tak SEKERAP kita mesej kat kawan laki kita tu kan.. alahh..kawan je pun.. itu pun nak kecoh ke, bajet betul la dia ni.macam diri tu baik sangat nak tegur orang.ohoii..takpe la bajet pun dear.. (^_^) memang takda manusia yang sempurna. kerana itulah kita perlu saling tegur menegur antara satu sama lain. bukankah manusia itu saling melengkapi.


ok.last...untuk semua sahabat perempuan yang disayangi semua, pada pandangan saya, tak salah pun nak berkawan dengan lelaki, dan saya tak maksudkan tak boleh berkawan lansung dengan lelaki  tetapi kita kena tahu batas-batas yang sepatutnya..dan yang paling penting jangan sampai difitnah, kalau ada fitnah antara persahabatan, pasti ada kesilapan dalam persahabatan kita tu.btul x??
okey sebenarnya saya pun tak tahu motif sebenar penulisan hari ni,tapi terasa juga nak share sesuatu.. so,terima kasihlah sudi menadah mata untuk membaca penulisan yang serba kekurangan ni. semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh NYA.. aminn...




P/S : kekurangan dalam penulisan ini harap dimaafkan dan ditegur, saya hanya insan biasa yang cuba untuk jadi baik tetapi masih lemah :)

SALAM KASIH SAYANG DAN SEMOGA KITA SENTIASA DIRAHMATI OLEHNYA..AMINN..

KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN???

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA..

 bulan puasa da dekat...bestnya..kan?
tapi sahabat semua tahu dalam kita tak sedar, sedang kita gembira dengan amalan yang kita lakukan..semasa saya baca artikel yang memang boleh dipercayai kat dalam internet, saya terbaca satu artikel yang menarik perhatian saya. rupa-rupanya kita tak sedar sebenarnya terdapat sedikit kesilapan yang kita lakukan..betul ke?? jom kita tengok dan sama2 baiki kesilapan ni..






1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(kecuali uzur yang diterima Islam)



mungkin kita pernah termakan atau terminum di bulan puasa kan? atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu? lepas tu, mesti kita pun makan jer sebab kita fikir kita kan dah batal puasa..sebenarnya kita dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu (Astaghfirullahalazim..saya pun tak terfikir). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadis,

Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)



2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam






mesti pernah kan macam gambar kat atas tu??? saya pun pernah juga macam ni masa kat asrama dulu..yela, nak jimat masa kononya..sebenarnya,individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)..

 jadi,rajin2kanlah bangun untuk bersahur walaupun dengan segelas air dan sebiji kurma..
pahala dapat,berkat pun dapat...(^_^) 





3)  Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.



Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya. yelaa..kebanyakan kita ni "excited " nak puasa je, tapi yang wajib satu lagi tak pula dititik beratkan... minta dijauhkan kita semua dari jadi camni..Inshaa Allah..ha, satu lagi..kita semua bila bulan puasa je excited pergi solat terawih ramai2.nak meriah kan.. tapi sebenarnya kan, kalau kita pergi ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. 
Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

jadi betulkan niat kita semua yer...( ",)



4 ) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. 



Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. benda ni la yang paling peting tau... masa ni la kita nak buktikan kat agama lain,walaupun kita berpuasa tetapi kita tetap boleh melakukan pekerjaan dan aktiviti2 lain. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.. ingat yerr.. puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan atas katil..takmau ye macam tu... 
kita kan budak baik (^_^)




5) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.




 Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. sepatutnya kita berlumba-lumba untuk mencari dan merebut peluang yang ada di bulan Ramadahan ni.. Nabi SAW telah menyebut :-


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadis.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)






dan banyak lagi sebenarnya...tapi setakat ini dulu yang mampu saya kongsikan bersama sahabat semua.. semoga Ramadhan akan datang akan kita hargai dengan sebaiknya..jadikan ia lebih baik dari yang sebelumnya..

sebak pula rasa hati ni bila dop bercakap pasal puasa..hehe ..






setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan..

  1. p/s: kesilapan itu dari diri saya,harap maafkan krna saya pun insan yang lemah.. kebaikan itu semua dari Allah..Alhamdulillah.. (^_^)












AHLAN WASAHLAN..BLESSING RAMADHAN..








assalamalaikum... lama x menulis ni.. hmmm.pejam celik pejam celik kita da hampir nak menyambut Ramadhan da kan.... x sabar rasanya nak sambut ramadhan ni..tapi,,terselit kesedihan di hati ni sbab x dapat nak balik puasa kat kampung bersama keluarga tersayang.nak berbuka bersama..masa sahur paling best, bila lambat bangun je, dpat tngok je mkanan kat depan..ye laa..da kat masjid tu da bunyi azan kan..hehe..seronokk sangat tapi tahun ni x dapat nk sambut awal puasa dengan family.. (T.T).. tapi kena kuatkan semangat juga la sebab kita kan belajar..umi cakap masa mengaji ni memang banyak dugaan..



Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela..



sahabatku yang disayangi..

bila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga masih dapat untuk menggoda kita????

 Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

sebenarnya nafsu lah yang menguasai kita selama ni..jangan kita nak salahkan syaitan je.. kalau diri kita sendiri x dapat nak mengawal nafsu dalam diri kita pada bulan mulia ni,rugi sangat tau  sebab bulan ni laa kita nak berebut2 nak buat amalan..(tapi jangan tunggu bulan Ramadhan je, bulan lain pun kena selalu buat amalan yang baik kan..)



sahabatku yang dirahmati Allah..

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.. (^_^) 
apa-apa pun selamat datang ramadhan yang mulia...

opss sebelum terlupa..ni ada 1 tips untuk semua tau..semoga bermanfaat.. 



sebelum saya tamatkan tulisan ni..jom kita renungi sepotong hadis ni... Assalamualaikum..jumpa di lembaran yang lain..


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"..










 

MANUSIA SEMAKIN TIADA SIKAP BERPERIKEMANUSIAAN..








Maklumat yg diterima drpd Inbox FB PDRM. Utk peringatan serta berhati2 ahli keluarga @@BACAAA!! BAHAYA NI!!
Semua wanita wajib baca.. Lelaki juga wajib baca untuk mereka yang terrsayang .. HARUS BACA !!!!!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.

 Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum,  terutama pada waktu malam .
- Dari acp rizal- kisah benar…
Inna lillahi wainnailaihirojiun.
sharing sbg iktibar.  Selebihnya berserah kpd Allah swt.   Wallahua’lam n wassalam.
Mayat 2 perempuan yg hilang diculik masa isi minyak kereta telah dijumpai.  Penculik ambil organ2 dalaman tuk dijual.
Sumber IPK Penang


Tutorial

Tutorial

TERIMALAH KETENTUAN ALLAH, BAIK ATAUPUN BURUK..


Allah s.w.t berfirman :


          "tiada satu pun bencana yag menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangkan"
                                                     (Surah Al-Hadid: 22-23)


ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada dan qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hamba-Nya dan menghendaki kemudahan kepada mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Tahu. Dia menyimpan di akhirat dan memberi kan habuan yang cukup bagi mereka yang bersabar tanpa perhintungan . Hal ini , jika kita renung-renungkan.... maka akan mengubah kesedihan kita kepada kesenangan dan kebahagiaan.Namun, tidak semua orang kuat bersikap seperti itu...
kadang-kadang bila kita menghadapi musibah,kita akan mengeluh.. dan yang paling penting pasti ada di antara kita yang tidak dapat menerima musibah dan ujian yang kita hadapi..


sebenarnya, banyak langkah yang kita dapat ambil supaya dapat menghadapi musibah dengan baik dan selamat.

1 : cuba kita bayangkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk daripada yang kita sedang alami sekarang, pasti kita akan menerima ujian itu dengan baik.

2 : bila kita menghadapi ujian, bayangkan masih ada orang lain yang lebih besar ujiannnya daripada kita.

3 : pandanglah pada nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita selama ini.

4 : jangan sesekali kita menyerah kalah dan kecewa dengan apa yang berlaku walaupun kedatangannya seperti malapetaka..

               " Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan sesungguhnya dan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

                                                                    (Surah Asy-Syarh: 5-6)

sebelum saya mengakhiri coretan ini, mari kita sama2 hayati ayat ini..
fikir2kanlah dan selamat bramal (^_^)
  Assalamualaikum..                


      Allah s.w.t. berfirman yang bemaksud :


                      " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
                                                               (Surah Al-Baqarah: 216 )              

RUMah AneH, UNiK daN kreAtif ..

Assalamualaikum.. hai semua.. tadi mengintip la kejap kat internet ni..tfikir pula nak sembang pasal rumah2 unik..hmm cam menarik jerr.. JOM LAYANN.. :)





 (rumah piano)PIANO HOUSE,HUNAIN CHINA...

Rumah piano yang unik itu dibina baru-baru ini Satu Wilayah Hui, China. Di dalam biola adalah eskalator dengan bangunan tersebut. Bangunan Piano luar biasa dan bangunan berbentuk Violin dibina pada tahun 2007 berfungsi sebagai bilik pameran untuk mempamerkan rancangan untuk daerah baru diwujudkan Shannan di Huainan City, China.
 

Ia telah dilaporkan direka oleh Hefei University of Technology dan telah dibina untuk skala 50:1. Kerana bentuk yang unik ia telah menjadi tempat pelancongan yang popular dan ramai yang baru berkahwin bergambar di depan. Penduduk tempatan telah menggelarkan ia sebagai "bangunan yang paling romantis di China".

                                                       
                                                      pemandangan di waktu senja..cantik kan..?





bangunan ini nampak menarik pada waktu malam dihiasi lampu yang cantik





(bangunan bakul) Longaberger Basket, Ohio,A.S


Ibu pejabat Longaberger Basket Syarikat adalah replika bakul pasaran sederhana syarikat, diperbesarkan 160 kali. Ia adalah 192 kaki panjang dan 126 kaki lebar di pangkalan dan 208 kaki panjang dan 142 kaki lebar di bumbung. Longaberger Basket Building terletak di Longaberger Town, Newark, Ohio, Amerika Syarikat. Ia merupakan ibu pejabat korporat Longaberger Basket Company.

Dave Longaberger, pengasas syarikat, adalah orang yang memberi idea mencipta bakul gergasi sebagai ibu pejabat syarikat itu. Ia telah menjadi simbol ikonik syarikat dan juga salah sebuah bangunan pejabat yang paling popular di dunia. 

           
                         
                                                     




                                     


Ia agak menarik pada waktu malam kerana tingkap, kononnya lubang-lubang bakul itu menyala. cantik kan???


Terletak di antara Marne dan Dayton Road di Newark di State Route 16, Ia siap dibina pada bulan Disember 1997 dan telah dianugerahkan 1997 Build Ohio Award..



ufo house, tennessee, A.S.


rumah yang unik ini terletak di 1408 Palisades Road, Chattanooga Amerika Syarikat.
Rumah ini terdiri daripada 2000 kaki persegi (1858 meter persegi). Di dalam rumah ini terdapat 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dapur, ruang tamu, dan sebuah bar terbuka..


ruang bilik utama yang terletak di tengah2 tiang bangunan ini.

 bilik air 


ruang dapur dan kawasan hiburan.
 pemandangan dari luar nampak indah dan semulajadi kerana dikelilingi oleh pokok2..



 Hermitage of San Colmbano, Itali.


Hermitage of San Colmbano di Leo Valley, Italia
Satu lagi rumah yang dibina tepat di dinding tebing.. Lokasinya di Passo Pian delle Fugazze, Italia. Uniknya, rumah ini ternyata sudah terbina sejak tahun 1319!..


tengok pun macam menggerunkan..bagi yang takut tinggi, tengok gambar ni pun da meremang bulu tengkuk..!! ( saya la tu..hehehe ).


toilet house 


Rumah dengan rekaan  seperti tandas ini terletak di Suwon, Korea Selatan, orang Korea  menggelarkan bangunan ini  sebagai “Haewoojae”. Rumah itu dibangun oleh Sim Jae-bebek, yang merupakan pengerusi  dari Inaugural General Assembly of the World Toilet Association.


rumah ini juga mempunyai balkoni di atas bumubung..


Rekaan yang unik dibina oleh 
Datuk Bandar SUWON, Sim Jae-Duck, dibina berbentuk,dua tingkat rumahnya untuk sempena 2007 The first meeting of the World Toilet Association...




okey.... ni je yg dapat saya kongsi hari ni... banyak lagi rumah dan bangunan yg pelik2 tapi next time la pla yerr... 


p/s : merujuk kepada sumber yg betul.. jika ada kesilapan, itu dari diri sendiri..so sorryyyy..... :)