Berkata
Imam Qurthubi: “ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi
fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
“Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
“Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh
kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai
perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga
dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad,Baihaqi)
ALLAH
berfirman; “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari
yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (ar-Rahman: 70)
Namun,
Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan
pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap
berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
kadang-kadang kita akan berkata tiada salahnya kita berhubung dengan seorang lelaki. ye laa.. SAHABAT je pun..apa yang kita cuba nak sampaikan melalui "sahabat" tu?? oh.. yang selalu mesej tanya sihat ke, ada masalah ke, da makan ke, tidur da, dan macam2 segala pertanyaan lagi.. wait2, memang tak salah pun kalau bertanya tu kadang2 walaupun sebenarnya tak perlu pun, tapi kalau dah setiap hari mesej benda yang sama, tanya benda yang sama, itu ke dinamakan sahabat. bukan perkataan SAHABAT yang ingin saya tekankan sekarang, tetapi penggunaan perkataan itu sebagai ALASAN untuk mengaburi mata kita.
saya akui
diri saya juga insan yang lemah, yang tak lari dari melakukan khilaf. saya
sendiri pun ada berhubung dengan lelaki atas nama sahabat. tapi, saya terfikir
dan sedar sampai bila saya harus begini? bajet baik?? well,, kita tak perlu
terasa orang nak cakap kita bajet baik kerana sekurang-kurangnya kita telah
mencuba untuk berubah kepada yang lebih baik. perlahan-lahan, saya mula jarang untuk
berhubung dengan sahabat lelaki. dan jika berhubung pun jika atas urusan
tertentu yang penting sahaja. tidak dinafikan kita perlu menjaga hati sahabat
kita agar tidak terasa dengan kita tetapi sahabat yang baik akan memahami apa
yang kita cuba lakukan.
ok2. semua orang cakap, kita ni manusia biasa je. biasa la tu mesej dengan lelaki, kawan je pun.. hai2 semua, cuba kita fikir2 balik, kita selalu mesej2 kat kawan laki kita tu, kita ada mesej tak kat ayah kita? mesti ada yang jawab ada je. ye memang ada tapi tak SEKERAP kita mesej kat kawan laki kita tu kan.. alahh..kawan je pun.. itu pun nak kecoh ke, bajet betul la dia ni.macam diri tu baik sangat nak tegur orang.ohoii..takpe la bajet pun dear.. (^_^) memang takda manusia yang sempurna. kerana itulah kita perlu saling tegur menegur antara satu sama lain. bukankah manusia itu saling melengkapi.
ok.last...untuk semua sahabat perempuan yang disayangi semua, pada pandangan saya, tak salah pun nak berkawan dengan lelaki, dan saya tak maksudkan tak boleh berkawan lansung dengan lelaki tetapi kita kena tahu batas-batas yang sepatutnya..dan yang paling penting jangan sampai difitnah, kalau ada fitnah antara persahabatan, pasti ada kesilapan dalam persahabatan kita tu.btul x??
okey sebenarnya saya pun tak tahu motif sebenar penulisan hari ni,tapi terasa juga nak share sesuatu.. so,terima kasihlah sudi menadah mata untuk membaca penulisan yang serba kekurangan ni. semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh NYA.. aminn...
P/S : kekurangan dalam penulisan ini harap dimaafkan dan ditegur, saya hanya insan biasa yang cuba untuk jadi baik tetapi masih lemah :)
SALAM KASIH SAYANG DAN SEMOGA KITA SENTIASA DIRAHMATI OLEHNYA..AMINN..

.jpg)
.jpg)

.jpg.jpg)
.jpg)

0 ulasan:
Post a Comment