AHLAN WASAHLAN..BLESSING RAMADHAN..








assalamalaikum... lama x menulis ni.. hmmm.pejam celik pejam celik kita da hampir nak menyambut Ramadhan da kan.... x sabar rasanya nak sambut ramadhan ni..tapi,,terselit kesedihan di hati ni sbab x dapat nak balik puasa kat kampung bersama keluarga tersayang.nak berbuka bersama..masa sahur paling best, bila lambat bangun je, dpat tngok je mkanan kat depan..ye laa..da kat masjid tu da bunyi azan kan..hehe..seronokk sangat tapi tahun ni x dapat nk sambut awal puasa dengan family.. (T.T).. tapi kena kuatkan semangat juga la sebab kita kan belajar..umi cakap masa mengaji ni memang banyak dugaan..



Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela..



sahabatku yang disayangi..

bila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga masih dapat untuk menggoda kita????

 Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

sebenarnya nafsu lah yang menguasai kita selama ni..jangan kita nak salahkan syaitan je.. kalau diri kita sendiri x dapat nak mengawal nafsu dalam diri kita pada bulan mulia ni,rugi sangat tau  sebab bulan ni laa kita nak berebut2 nak buat amalan..(tapi jangan tunggu bulan Ramadhan je, bulan lain pun kena selalu buat amalan yang baik kan..)



sahabatku yang dirahmati Allah..

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.. (^_^) 
apa-apa pun selamat datang ramadhan yang mulia...

opss sebelum terlupa..ni ada 1 tips untuk semua tau..semoga bermanfaat.. 



sebelum saya tamatkan tulisan ni..jom kita renungi sepotong hadis ni... Assalamualaikum..jumpa di lembaran yang lain..


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"..










 

0 ulasan: